Friday, September 18, 2009

raw-year

selamat hari raya aidilfitri.


maaf zahir sahaja.


Thursday, September 10, 2009

ini kali kedua ianya berlaku.

salam sejahtera keatas semua.

sekali lagi ianya berlaku.

ianya muncul lagi.

dan aku tidak tahu mahu bereaksi bagaimana.

aku dalam keadaan yang sangat serba salah.

soal emosi manusia bukan mainan.

silap percaturan boleh gila jadinya.



persahabatan adalah segalanya.
ya.
persahabatan adalah segalanya bagi aku.

mungkin keadaan sudah sedikit berbeza dari dulu.
mungkin perlukan masa untuk ianya kembali normal.

aku bukan mahu jauhkan diri.
tetapi mengambil sedikit ruang antara masa bagi membetulkan keadaan yang sedikit aneh.
aneh secara tiba-tiba.
datang tanpa alamat atau petanda.

malam tiada lena.
siang termenung jauh.

mungkin silap aku juga.
bersifat seperti mesin harapan.

terlalu sedikit ruang yang ada.
untuk aku menggembirakan semua.

Tuesday, August 25, 2009

disitu dan kembali.


gambar ini diambil pada 25 ogos 2009.

disitu kami melepaskan tekanan.
disitu kami bercanda yang bukan-bukan.
disitu kami bergelak ketawa.
disitu kami lupakan masalah yang kian mencengkam.
disitu kami lari dari dunia realiti.
disitu kami hidup dalam fantasi.
disitu kami merenung nilai diri.
disitu kami mencari identiti.
disitu kami terbang dalam khayalan.
disitu kami hilang dalam hilaian.
disitu kami dibuai perasaan.

tatkala pulang,
kami kembali dihimpit tekanan.
kami kembali dalam kemurungan.
kami kembali menghadapi masalah.
kami kembali ke dunia realiti.
kami kembali dari khayalan.
kami kembali sebagai insan yang punya tanggungjawab.
kami kembali mengejar impian.
kami kembali berkerja keras.
kami kembali berjuang.

selamat tinggal,para penunggu istana.

Saturday, August 22, 2009

mari selamatkan penyu.

"scouting for nature"
itu tema yang kami laungkan dalam usaha mahu menyelamatkan penyu yang semakin pupus di negara kita.
kempen ini bertujuan mahu mengumpul 40,000 tandatangan rakyat malaysia sebagai petisyen untuk dihantar ke parlimen agar menggubal undang-undang mengharamkan penjualan telur penyu.
kami dari pengakap kelana G sangat mengharapkan sokongan dari anda semua.
help to conserve the turtle.
help to conserve the ecosystem.
help to conserve our own beloved planet.


ada banyak lagi telur yang kamu semua boleh makan selain telur penyu..........

Wednesday, August 12, 2009

nota sedih seorang lelaki.

ada dua manusia.
mereka berkasih sayang.
berlaku krisis.
lelaki itu seakan tiada hati lagi.
sedangkan teman wanitanya memohon ampun serta maaf.
lelaki itu selama ini meletakkan egonya ditahap paling rendah tiba-tiba punya ego tinggi melangit.
akan tetapi ego dia bersebab.

lelaki itu juga punya maruah.
lelaki itu juga punya harga diri.
walaupun ada yang berkatanya dirinya sebaliknya.
lelaki ini masih dalam proses mahu mengubah dirinya.
akan tetapi,ini pula yang berlaku.

lelaki itu berfikir sejenak.
apa yang perlu dilakukan selepas ini?
adakah ini satu penamat?
adakah ini sebuah permulaan?

adakah ini seakan titik statik dalam perhubungannya?

semoga tuhan beri lelaki tersebut petunjuk.

Tuesday, July 14, 2009

bohsia kenapa?


kembalinya aku mencoret bingkisan-bingkisan nista.

berbalik kepada bicara kali ini,aku ingin berkongsi tentang perihal wanita pula.
tajuk kali ini bukan mahu menghentam wanita atau sesiapa.
tetapi ianya sebuah subjek yang mungkin agak sensitif bagi wanita.
perihal bohsia.

aku punya sepupu.
sepupu yang mungkin terkena kejutan budaya kerana baru melangkah keluar dari johor bahru dan menyambung pengajian di kuala lumpur.
dia asyik berbicara tentang bohsia yang menjadi pelempias nafsu dia disana.
dan aku terpanggil untuk menyelami apakah perasaan wanita yang sedemikian rupa.

maksud aku,hanya dalam tempoh perkenalan selama beberapa jam sudah boleh diajak ke kamar tidur.
ada yang menjadi bahan penyedap secara bergilir-gilir.

mereka tidak punya perasaankah?

memang pada masa kini,wanita bertudung juga ada yang cela sifatnya.
tetapi,bohsia dalam erti kata lain mahu menunjukkan yang mereka hebat tatkala melakukan dosa.
kadangkala mereka tidak bersifat materialistik.
hanya berpaksikan nafsu semata.
aku jadi pelik.
kerana bagiku,hubungan seks sebelum nikah ketika ini merupakan isu biasa.
akan tetapi,hubungan itu biasanya dilakukan atas dasar cinta oleh sesetengah pasangan.

namun,lain bagi mereka yang digelar bohsia.
apa sebenarnya yang mereka mahu?
mereka ketagih sekskah?
mereka punya sejarah hitam yang menyebabkan mereka jadi begitu?

aku masih tertanya-tanya.

sememangnya bagi lelaki,mereka mengganggap ianya satu peluang mahu melempiaskan nafsu.
ditambah lagi dengan hadirnya syaitan.
pasti hanyut dibuai kesedapan.

sekali lagi aku mohon ampun kiranya post kali ini ada negatifnya.
aku terima segala jenis respon.

aku sangat memerlukan pendapat dari kamu semua.

Monday, July 6, 2009

AKU
PENGAKAP
YANG
TIDAK
BERGUNA