waktu ini,wang ringgit itu kebahagiaan.

"ahh,dari kau keluar nengok wayang,baik bayar hutang-hutang aku"
"aish,minggu depan dah nak kena bayar duit motor kau"
"minggu ni dah nk kena bayar sewa mak aji"
ayat-ayat popular di hujung bulan.
semua serba tak cukup.
potong sana-sini.
curi mana dapat.
masih tak cukup?
mula mahu menyinga.
marah tak tentu pasal.
muka mencuka.
hubungan keluarga jadi tak keruan.
seorang muka bertangkup.
seorang lagi buat tak ambil peduli.
anak-anak jadi perantara bagi mereka.
yang tertekan mereka.
yang dihamun juga kadangkala mereka.
mereka bukan tidak mahu mengerti.
mereka juga bukan jenis yang mahu meminta sekiranya sudah tiada rezeki.
namun,mereka terus tertawa.
tertawa melihat gelagat para ibu bapa yang seolah-olah bertuhankan wang.
segalanya kegembiraan hadir disebabkan wang.
tiada wang,tiada kegembiraan.
tiada nilai kekeluargaan.
tiada kebahagiaan.
institusi keluarga yang dibina atas dasar kasih sayang sekarang sudah bertransformasi menjadi seperti institusi perbankan.
tatkala kegawatan melanda,semua porak peranda.
nilai kasih sayang sudah pudar.
akan tetapi nilai ringgit malaysia tetap melonjak tinggi saban hari.
sedarlah,orang tua.
kalau memang anak-anak ini satu beban,kenapa bersetubuh sehingga lahirnya zuriat dimuka bumi tuhan ini.
gugurkan sahaja ketika dalam kandungan belum masuk 2 bulan.
jadi,tidak perlu kamu gusar mahu membayar duit ansuran motor atau barang keperluan sekolah.
mudah bukan?

1 bebelan:

Anonymous said...

masih bnyk kasih sayang yg boleh aku bahagi2 kan..jika aku perlu bahagi kepada setiap insan di dunia fana ini..,

ada, masih ada berbaki kasih sayang itu.

.boo.